Khidmat Nasihat Dan Rawatan
| |
 |
| |
| Laluan masuk ke Klinik Desa Parit Satu |
|
linik desa merupakan pusat rawatan yang disediakan kerajaan untuk memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk kampung terutamanya bagi ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik Desa Parit Satu merupakan klinik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan kesihatan bagi ibu mengandung, pemeriksaan kesihatan kanak-kanak dan klinik perancang keluarga. Selain penduduk Kampung Parit Satu, kampung-kampung sekitar seperti Kampung Parit Dua, Kampung Parit Jawa dan Kampung Parit Bujang juga mendapatkan perkhidmatan kesihatan di sini. Anggaran pesakit yang menerima rawatan di Klinik Desa ini dalam masa satu hari ialah 40 orang.
| |
 |
| |
| Ruang menunggu untuk kemudahan pesakit |
|
Bagi kes-kes yang serius pesakit akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Air Baloi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Klinik Desa Parit Satu. Tiga bulan sekali Klinik Desa Parit Satu akan mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Pemeriksaan kesihatan seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kampung Parit Satu dan kampung-kampung sekitar. Antara peralatan yang digunakan oleh jururawat untuk memeriksa tahap kandungan gula ialah GlucoDr. Seperti kebanyakan klinik kesihatan di Johor, hari Jumaat adalah hari bagi jururawat mengadakan aktiviti keagamaan seperti mengaji di klinik kesihatan berhampiran. Hari Jumaat turut dijadikan hari mesyuarat bagi membincangkan masalah yang dihadapi di klinik ini. Selain dari memberikan perkhidmatan bagi ibu mengandung, kanak-kanak dan pesakit luar terdapat juga perkhidmatan yang disediakan iaini perkhidmatan komputer dan Internet.
Perkhidmatan urutan tradisional masih dijalankan di kampung. Urutan tradisional oleh bidan kampung masih lagi menjadi pilihan penduduk kampung. Ada juga perkhidmatan urutan sendi tulang yang diberikan oleh bidan kampung.
|