Jenayah Ditangani Bersama
ihak polis merupakan badan yang dipertanggungjawabkan dalam soal keselamatan penduduk tempatan. Namun penduduk kampung juga berganding bahu bagi memastikan keamanan kampung ditangani bersama. Tanggungjawab ini dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi tonggak keselamatan penduduk. Selain JKKK, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran.
Biro Keselamatan yang terdapat di Kampung Parit Satu juga menjalankan tugas mereka dalam membantu pasukan polis dan JKKK untuk menjaga keamanan kampung. Seramai kira-kira 30 orang Biro Keselamatan Kampung Parit Satu telah mendaftarkan diri menjadi anggota RELA di sini. Antara tugas pasukan RELA ialah membantu pihak polis dalam memastikan keadaan keselamatan kampung adalah di tahap yang selamat. Kegiatan tidak bermoral atau kes-kes jenayah kini semakin berkurangan di Kampung Parit Satu. |