Kemudahan Awam Keselesaan Semua Penduduk
| |
 |
| |
| Stesen minyak ini kerap dikunjungi ramai pelanggan. |
|
ehidupan seharian penduduk kini lebih mudah apabila kemudahan asas yang diberikan adalah lengkap. Kemudahan asas yang terdapat di kawasan desa wajar dititikberatkan sejajar dengan kemajuan ekonomi yang negara telah kecapi. Kampung Parit Satu juga memiliki kemudahan yang hampir lengkap. Kesemua penduduk mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air. Jalan tanah merah kini sudah berganti dengan jalan tar. Dahulunya jalan sekitar kampung ini hanya disuluh dengan cahaya bulan, tetapi kini diterangi dengan lampu-lampu jalan.
Kemudahan asas lain seperti sekolah rendah, sekolah agama, masjid, balai raya, surau, klinik kesihatan, gelanggang sukan dan lain-lain juga telah disediakan. Segala kemudahan ini tidak dikenakan sebarang bayaran secara umumnya. Penduduk di sini menggunakan telefon bimbit untuk berhubung antara satu sama lain. Segala kemudahan asas dan kemudahan awam yang disediakan memberi keselesaan pada semua penduduk di Kampung Parit Satu. |