Kanak-kanak di kampung ini banyak menghabiskan masa bermain di tali air.

Gaya Hidup Kampung Masih Teguh

K

ampung-kampung berhampiran dengan Kampung Parit Satu masih mengekalkan ciri-ciri kampung tradisional. Kampung-kampung sekitar yang ada di sini ialah Kampung Parit Bujang, Kampung Parit Jawa dan Kampung Parit Dua. Kampung-kampung ini juga menjalankan aktiviti ekonomi yang hampir sama dengan aktiviti ekonomi penduduk Kampung Parit Satu iaitu pertanian dan penternakan. Penternakan belut juga ada dijalankan oleh kampung sekitar.

 
Aktiviti memancing menjadi hobi kanak-kanak di sini.
 

Aktiviti yang dijalankan selalunya adalah seperti gotong-royong bagi kenduri kahwin, sambutan Maulidur Rasul dan aktiviti-aktiviti sukan. Aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan pula sering melibatkan golongan belia. Sukan yang menjadi pilihan ialah futsal, badminton dan juga bola sepak. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga dapat mengeratkan perhubungan antara kampung-kampung sekitar terutama antara golongan belia dan golongan dewasa.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK