Wakil JKKK memberi penerangan tentang peranan mereka dalam Kampung Parit Satu.

Merapatkan Perpaduan Kaum

J

awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan antara lain berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Dengan adanya JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain.

Di bawah pengurusan JKKK, terdapat beberapa biro yang ditubuhkan bertujuan membantu JKKK mentadbir kampung ini. Antara biro-biro yang ada ialah Biro Pembangunan, Biro Politik, Biro Ekonomi, Biro Pendidikan dan Biro Keselamatan. Masuri Jakarsi merupakan Pengerusi JKKK dan menjawat jawatan tersebut sejak dari tahun 2005. Mesyuarat JKKK akan diadakan setiap dua bulan sekali bagi membincangkan tentang permasalahan yang terdapat di kampung ini.

Lazimnya, perbincangan tersebut diadakan untuk mengenal pasti masalah dan merangka pelan pembangunan kampung. JKKK kampung ini sering menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan tahlil, bacaan Yassin, gotong-royong membersihkan kampung, kawasan sekolah, gotong-royong di kenduri-kenduri kahwin dan beberapa majlis lain.



 
Penafian | Laman Web KTAK