Pemandangan di kilang penghasilan makanan ternakan

Kepelbagaian Sumber Ekonomi

K
 
 
Mesin-mesin berteknologi tinggi digunakan untuk memproses tanaman jagung

ampung Parit Satu merupakan kawasan yang mempunyai jenis tanah gambut dan sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Kebanyakan penduduk kampung mempunyai kebun-kebun sendiri dan mengusahakan tanaman sawit, jagung dan nanas. Selain itu, kebanyakan belia-belia di sini bekerja di Pekan Air Baloi sebagai guru, kerani dan lain-lain lagi. Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga merupakan antara industri yang kian menunjukkan peningkatan dalam kampung ini. Terdapat juga sebuah perusahaan yang memproses tanaman jagung untuk dijadikan makanan ternakan.

Selain industri pertanian dan IKS, terdapat penduduk yang mengusahakan ternakan kambing biri-biri. Walaupun masih baru, ia telah mendapat perhatian dari ramai pihak. Kaum wanita di sini juga tidak kurang hebatnya seperti menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan seperti membuat kuih tradisional. Selain itu, terdapat penduduk yang membuka perniagaan seperti membuka gerai-gerai makan, kedai runcit dan lain-lain lagi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK