Johor sememangnya terkenal dengan tanaman nanas yang luas terutamanya di Pontian. Buah nanas merupakan buah-buahan tropika yang mampu menjana ekonomi Malaysia sekiranya dipelbagaikan kegunaannya. Rasanya yang sedikit masam bermanfaat bagi kesihatan tubuh terutamanya sebagai ubat penyembuh penyakit sembelit, gangguan saluran kencing dan membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Ramai yang menyifatkan buah ini sebagai ‘tajam dan mendatangkan angin dalam tubuh’ tetapi sebenarnya tiada kajian saintifik yang membuktikan kebenaran ini. Walau apapun persepsi masyarakat terhadap buah ini, buah nanas ialah buah yang mempunyai pelbagai khasiat.


Pertanian dan Perladangan Keusahawanan

Nanas mengambil masa sembilan bulan untuk mendapatkan hasilnya. Tanaman nanas yang diusahakan oleh penduduk kampung di sini mempunyai tiga jenis iaini Nanas Mores, Nanas Jossa dan juga Nanas Gandul. Nanas Gandul merupakan antara nanas yang kian mendapat tempat di pasaran. Nanas yang diusahakan ini dipasarkan ke kawasan sekitar. Kebanyakan tanaman nanas ini dijalankan secara individu. Hasil buah-buahan ini akan dijual kepada peraih atau dijual sendiri di tepi-tepi jalan dengan harga yang berpatutan.

Synergycents Sdn Bhd yang mula beroperasi pada akhir tahun 2007 merupakan antara perniagaan yang mula membangun. Synergycents Sdn Bhd merupakan syarikat yang memproses makanan ternakan dan kini telah meluaskan empayarnya ke sarata negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Pengarah Urusannya, Halimah binti Minin menjalankan perniagaan ini setelah membuat kajian kira-kira dua tahun mengenai pemprosesan bahan makanan ternakan dengan menggunakan batang jagung.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK