Belia Cemerlang Negara Terbilang
| |
"Aktiviti riadah yang sering dijalankan ialah seperti permainan futsal, badminton dan juga bola sepak." |
| |
|
elia merupakan golongan muda yang bakal memimpin negara. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi memantapkan ciri-ciri kepemimpinan kepada golongan belia. JKKK Kampung Parit Satu telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk belia di sini. Walaupun kebanyakan belia-belia kini sudah bekerja di bandar-bandar terdekat namun aktiviti berfaedah tetap dijalankan. Terdapat Kumpulan Kompang dan Kumpulan Kuda Kepang di sini. Kumpulan Kuda Kepang di sini sering mengadakan persembahan di majlis-majlis rasmi peringkat daerah.
Belia lebih gemar melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan. Aktiviti riadah yang sering dijalankan ialah seperti permainan futsal, badminton dan juga bola sepak. Ada kalanya belia di kampung ini menjalankan aktiviti bersama-sama dengan belia di kampung-kampung sekitar untuk memeriahkan lagi suasana. Ceramah-ceramah juga diadakan bagi golongan ini untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Segala aktiviti yang dianjurkan di sini berjaya memberi manfaat kepada golongan belia sehingga belia Kampung Parit Satu telah dianugerahkan sebagai Anugerah Belia Cemerlang. |